Followers

Tuesday, November 23, 2010

FINALE SEASON: THE BEST VACATION JOURNAL



Sangat2 la mencabar finale season ni. Ummi cuba buat yang terbaik. Hadiah die sangat2 la best di sponsor oleh Kak Ina momguess. Sape yang tanak bercuti kan...

****************************************************************************

5 fakta tentang Kak Suziey:
  • Warga Pos Malaysia
  • Ibu kepada seorang anak yang sangat hensem, Haraz aQeel
  • Ada MBA ye (jgn main2 tau!), dari UUM lagi
  • Sudah 4 tahun lebey kawen (percintaan mereka berputik di UUM, hehe)
  • Tarikh konvo Master kat UUM, 27 Mac 2010 (Ingat seh tarikh ni sbb time ni dkt2 ngn besday Anas. Plan nak jemput kak suziey sekeluarga mai umah. Tapi Ummi kena kerja weekend tu, tak dapat pun jumpa kak Suziey)

5 fakta tentang Kak Ina Momguess:
  • Seorang ibu tunggal yang sangat tabah
  • Anak teruna sorang je, nama Aiman, dah besar panjang dah anak Kak Ina
  • Nama sebenar Kak Ina ialah Malina bt Siam
  • Nama glamer dlm blog ialah Momguess
  • Family Kak Ina sangat caring & loving. Sangat touching baca kisah2 adik beradik serta cousins Kak Ina yang sangat amik berat & jaga Kak Ina.
*********************************************************************************

Ummi pilih Sabah as The Best Vacation Kak Suziey's family. Kami pun ada plan nak ke Sabah plak lepas ni. That's why la nak wat review utk Sabah.

Menarik tentang vacation ini:
  1. Percutian yang sangat sesuai utk budget tapi best. Dapat kereta murah dan bersesuaian, hotel pun mmg sesuai la bila kita tak melepak sgt dlm bilik, buat apa nak pilih 5 star hotel kan.
  2. Ada island hoping jugak. Gi 3 pulau yang paling cantik, Pulau Sapi, Mamutik & Manukan. Ala, macam kat Langkawi jugak, ada banyak pulau tapi yang paling best 3 pulau je, ok la tu. Masa gi Langkawi dulu tak dapat join. Tu yang mengidam sangat2 tuh!
  3. Pasir dan laut Sabah sangat cantik oke~ Crystal clear water. Memang nampak jelas dan sangat best untuk snorkeling. Paling best tgk corals! (impian Ummi nih! Ummi sangat suka laut yang jernih, dan Ummi sangat suka corals)
  4. Sebut Sabah, of course la orang terbayang Gunung Kinabalu kan. Wajib pegi tu! Memang best view kaki gunung awal2 pagi.
  5. Baru tau kat Sabah pun ada 'New Zealand' lembu macam kat New Zealand. Memang sama sbb Ummi pun dah sampai New Zealand & tengok lembu2 kat sana. Mmg ingat kat sana je ade, Malaysia pun ada jugak upenye... (Td jumpa lembu tompok2 ni kat depan umah pengasuh Anas)
  6. Best tgk gambar2 yang kak suziey amik guna DSLR. Memang la kalau nak gi bercuti ni kena ada DSLR gak. Tgk gambar Kak Suziey, banyak yang Ummi leh belajar. Thanks Sifu!
3 pulau yang dikunjungi

lembu-lembu 'New Zealand'

Family Kak Suziey di kaki Gunung Kinabalu
~terserlah keromantikan dan kasih sayang pasangan suami isteri ni~
~betul la cakap org, bila nak release tension, nak betul2 spend masa dengan family, bawak la family bercuti, jauh2 pun takpe, biar takde gangguan~
~akan lebih mengeratkan kasih sayang gitu, bertambah harmonis rumah tangga~

*abg, jom cpt gi Sabah*

********************************************************************************

The Best Vacation Kak Ina Momguess plak, Terengganu. Pun dalam perancangan kami nak ke Terengganu lepas2 ni. Adik ipar pun ada kat sana, bila dia konvo nanti boleh la jalan2 sekali. Sebenarnya Kak Ina & kaum kerabat anak beranak, adik beradik, sepupu sepapat die gi Redang skali time tu. Tapi Ummi highlight Terengganu je utk contest ni.
  • Huhu, sebut je Terengganu mesti terbayang2 keropok lekor tau. Yang paling fames kat sana kat Losong & Seberang Takir. Kak Ina plak gi kat Losong tu je. Ade kopok lekor rebus & goreng. Kak Ina lebih suka yang rebus berbanding yang goreng. Ummi belum pernah rasa lagi yang rebus nye ni.
Kiri: rebus, Kanan: goreng
  • Cite pasal makanan lagi, of course la kat laut fames ngan seafood kan. Ummi tak terpikat yang lain2. Tapi yang Kak Ina tayang gambar seafood celup tepung tu buat orang ngidam la. Dulu takmau sangat makan seafood, dah habis alah ni, ngidam steambot & seafood celup tepung la plak, huhu... Last sekali makan ni masa tahun 1993, dah lama giler kan. Pun makan kat tempat yang sama, kat Pantai Batu Buruk.
Seafood celup tepung
  • Stop review pasal makanan. Cite pasal tempat2 menarik di Terengganu yang dikunjungi Kak Ina plak. Masjid Kristal @ Taman Tamadun Islam & Pasar Payang. Teringin jugak nak tengok real Masjid Kristal tu. Cantik sangat ke? (Hehe, marah lak orang Ganu karang...) Gi Pasar Payang utk shopping la kan. Sakan oo Kak Ina shopping t-shirt saja, hehe...
Pasar Payang dari luar

Masjid Kristal yang tersergam indah kebanggan warga Terengganu

~Sekali sekala berjalan2 bercuti dengan seluruh family pun best gak~
~dah masa kecik2 bercuti sama2, apa salahnya bila dah de keluarga sendiri, spend some times dgn family besar kita~
~sama la, nak erat kan hubungan adik beradik, bertambah kasih sayang, loving & caring~

*plan nak gi Terengganu pun ngan family sblh Abah Anas*

********************************************************************************
Kenapa Ummi suka vacation diorang ni? Sebabnya kedua2nya Ummi teringin sangat2 nak pergi. Dalam senarai wishlist vacation. No.1 Sabah, No.2 Terengganu. Kedua2nya ada laut, tu yang paling penting. Sabah laut die jernih gile, teringin sangat nak sampai sana. Terengganu last Ummi gi sana tahun 1993, terbayang2 lagi makan seafood celup tepung yang macam Kak Ina cite tu...

********************************************************************************

Our Vacation plak

Ni lah satu2 nya vacation kami 3 beranak. Gi Cameron Highland masa Anas 10 bulan. Tu pun sebab nak gi KL, kenduri kawen kawan Ummi. Masa tu dah lama kami tak apply cuti. Dan Ummi sangat2 teringin nak bawak Anas naik Tanah Tinggi. Kami pergi 2 hari 1 malam je, memang tak puas berjalan.

*plan nak gi Cameron Highland dgn family Ummi*
~Tetibe ngidam buah strawberry yang fresh baru pas petik, huhu~

*********************************************************************************

#gambar2 percutian utk review, ihsan dr blog kak suziey & kak ina

AshAnas @ AshA's FaMiLy
us-kecik

6 comments:

Imaan09 said...

bes of luck sis! saya banyak laagi xsiap..huhu..sis dah publish, mesti sgt lega kan..

[-suziey-] said...

1st round review..will review again n again..haih ingt senang nk plh pemenang..lg peninig woooooo:p good luck shira.. thanks for ur effort :)

momguess said...

gud luck dear
pening kepala nak pilih pemenang ni
apa pun thanks sbb review holiday kami
muahsss

mama_umar_maryam said...

gudluck jugak ;)..

mama tisya said...

1st finalist yg submit entry...good luck

Anonymous said...

There is obviously a lot to know about this. I think you made some good points in Features also. Keep working ,great job!