Followers

Wednesday, October 27, 2010

Sedikit Berita Gembira

Salam buat semua.Maaf ya Ummi buat kalian menanti terlalu lama. Ok, perkembangan sekarang, barisan juri pertama dah selesai buat penilaian. Sekarang Ummi tengah tunggu barisan juri kedua punya penilaian plak. So, keputusan penuh dan keputusan akhir akan diumumkan selewat2nya hari Isnin depan, 1 Nov 2010.

Ok, Ummi nak buat sedikit declaration kat sini. Barisan juri yang Ummi pilih bukanlah di kalangan bloggers. So, mereka2 ni langsung tak kenal siapa kawan2 bloggers Ummi, siapa bukan. Pilihan mereka pun berdasarkan kriteria2 yang Ummi tetapkan, bukan main suka hati je diorang je. Ummi pesan pada mereka2 ni, Ummi bukan pilih ke'cute'an tapi imej Muslim & Muslimah yang ditonjolkan. Isy, kalau nak pilih cute ni, Ummi pun pening sbb semuanya cute2 belaka. Tambah plak pakai tudung, pakai kopiah, songkok dan sebagainya, Ummi pun geram, hehe...

Sedikit makluman tentang hadiah. Hadiah dari Shanghai of course semuanya dah berada di tangan Ummi. Hadiah untuk kategori 2B pun dah sampai ke tangan Ummi semalam. Hadiah untuk kategori 1B dan 2A plak akan selesai dalam masa terdekat ni. Cuma hadiah untuk kategori 1A je, yang tu kena tempah. So, pemenang kategori 1A kena tunggu lama sket la. Tak pe kan? Ummi akan mintak kakak tu siapkan sebelum Aidil Adha, Insya'Allah...

Ok itu saja yang Ummi nak bagitau. Good Luck untuk semua! Bagi Ummi kan, semua adalah pemenang. Bersama2 lah kita didik anak2 kita menjadi anak yang soleh dan solehah...

AshAnas @ AshA's FaMiLy
us-kecik

Saturday, October 23, 2010

Final List

Ok, ni Ummi dah habis semak semua entry peserta, dan ini adalah senarai akhir ya... Maaf kepada yang hantar entry selepas pukul 2pm 20.10.2010 hr tu, untuk adil kepada semua, Ummi tak terima ya. Kesian jugak, tapi ramai plak. Mungkin tak perasan closing time yg Ummi letak kat syarat contest tu...

Kepada yang masih merah, boleh re-submit sementara juri dok teliti calon2 pemenangnya. Oh ya, kepad Whitey Mommy, Ummi dah tak boleh masuk blog awak la...

Ummi terima re-submission selewat2nya pada hari Khamis ni, sebelum jam 11.59 malam ya.Kalau takde respon jugak, Ummi consider as penyertaan tak lengkap & terpaksa batalkan penyertaan. Ummi dah hantar komen kat entry dan jugak shoutbox. So, takde reason yang Ummi tak bagitau...

AshAnas @ AshA's FaMiLy
us-kecik

Wednesday, October 20, 2010

Belum sempat lagi...

Salam buat semua, hari ni pun Ummi belum sempat masukkan final list. Sejak semalam Ummi muntah selang 5 minit dan langsung takleh makan apa2. Makan je muntah balik even air pun. So, mmg lembik sangat ni... Ni pun mengagahkan diri nak update utk kalian, risau kalian ternanti2... Doakan Ummi cepat sihat ya...

AshAnas @ AshA's FaMiLy
us-kecik

CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST

~STICKY ENTRY UNTIL 20 OCTOBER 2010~
~scroll down for latest entry~


Info Contest:

Tempoh contest adalah selama 1 bulan iaitu dari 20 September 2010 hingga 20 October 2010.
Contest akan ditutup pada 20 October 2010 tepat jam 2.00 pm.

Info tentang hadiah akan di update kemudian. Doakan Ummi selamat pergi dan balik dari Shanghai, dan Insya'Allah Ummi akan bawak balik souvenir dari Shanghai utk pemenang.
Insya'Allah 3 pemenang akan dipilih bagi setiap kategori.

Contest terbahagi kepada 4 kategori:

1A - Little Muslim (1 hari - 3 tahun)
1B - Little Muslimah (1 hari - 3 tahun)

2A - Little Muslim (3 tahun - 6 tahun)
2B - Little Muslimah (3 tahun - 6 tahun)

Syarat-syarat contest:
  1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog dan anak/adik/anak saudara kandung yang berusia 1 hari hingga 6 tahun.
  2. Warganegara Malaysia (Warganegara Malaysia yang stay kat luar negara pun boleh join ye, tapi nanti kalau menang, kena bagi alamat Malaysia la...)
Apa perlu kalian buat?
  1. Add blog AshA's FaMiLy dan Contest for Anas di bloglist/blogroll blog kalian dan pastikan ada link back.
  2. Wajib menjadi follower kedua-dua blog AshA's FaMiLy dan Contest for Anas.
  3. Buat satu entry di blog kalian tentang contest ini dan hanya tajuk CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST sahaja diterima.
  4. Letakkan banner contest di entry dan sidebar blog kalian dan pastikan ada link back ke entry ini. (Penyertaan terbatal sekiranya tiada link back)
  5. Upload HANYA SEKEPING gambar anak/adik/anak saudara yang berpakaian baju melayu/jubah lengkap dengan songkok/kopiah (bagi lelaki) dan baju kurung/jubah lengkap dengan tudung litup (bagi perempuan).
  6. Kalau peserta lebih dari seorang, boleh upload gambar dalam satu entry dan nyatakan di entry ya.
  7. Nyatakan NAMA,UMUR,TARIKH LAHIR, KATEGORI dan HARAPAN kalian terhadap Little Muslim & Muslimah kalian.
  8. Tag rakan2 untuk join contest ini.
  9. Tinggalkan komen dan link entry contest kalian di entry ini sahaja.

Tambahan syarat contest:

Update 25 Sept 2010 @ 10.25 p.m
  • bagi kanak2 perempuan, gambar yang bertelekung pun diterima.
  • gambar yang nampak tudung saja pun acceptable asalkan kanak2 perempuan memakai pakaian yang menutup aurat la. (x aci pakai skirt tp pakai tudung kan?)
  • bagi kanak2 lelaki, pakai kemeja, seluar panjang & kopiah pun dah ok. pendek kata nak bagi nampak imej muslim/ah je....

AshAnas @ AshA's FaMiLy
us-kecik

Tuesday, October 19, 2010

Contest ditutup ya...

Salam buat semua... Harapnya semua dah submit penyertaan.. Sebab 'Cute Little Muslim & Muslimah Contest' sudah ditutup... Ummi akan keluarkan final list selewat2nya esok untuk kalian semak semula ya... Jumpa lagi...

AshAnas @ AshA's FaMiLy
us-kecik

Reminder: Sila semak penyertaan kalian

Salam buat semua... Cute Little Muslim & Muslimah Contest hanya tinggal 1 hari je lagi. Esok contest akan ditutup tepat jam 2.00 pm. So, pada peserta yang dah join, sila semak komen Ummi ya. Ummi tinggalkan komen kat entry kalian dan juga di Page List of Contestants... Semak jugak samada penyertaan kalian disenaraikan oleh Ummi atau tak, terutamanya pada yang masuk lebih dari 1 kategori. Kalau ada apa2 masalah, inform Ummi ya...

Good Luck pada semua! Ummi cadang nak umum 1 minggu lepas closing. Tapi bila tengok balik penyertaan yang lebih dari jangkaan Ummi sebelum ni, Ummi mintak kalian bagi pihak juri sedikit tempoh ya...

Setakat ni Ummi terima 141 penyertaan, sebenarnya lebih daripada separuh yang Ummi jangkakan... Thanks pada semua... Sayang, Ummi tak dapat nak provide hadiah lebih utk penyertaan yang terlalu banyak sbbnya souvenir dari Shanghai dah dibeli. Takde peluang nak gi Shanghai lagi dah, hehe... Oh ya, nanti Ummi update ttg hadiah ya!


AshAnas @ AshA's FaMiLy
us-kecik

Monday, October 18, 2010

Firas Handzalah 1st Birthday Giveaway

Bagi laluan Ummi nak join GA kat blog Hana Seman ni jap. Penat jugak blogwalking terjah entry contest kalian sume, nak rehat jap untuk buat entry untuk GA ni coz hari ni last day by 6.24pm nanti je...

Sape2 nak join ada lebih kurang 2 jam je lagi, sempat lagi tu kalau kalian mmg 'hantu contest n GA' kan...

Ummi selalu jumpa Firas. Ibu selalu bawak Firas gi SGM kat Alor Setar. Semangat sangat tengok Firas ni.

Di kesempatan ini, di hari ulangtahun kelahiran Firas yang pertama ni, Ummi ucapkan Happy Birthday buat Firas Handzalah sayang. Terus membesar menikmati susu ibu. Semoga Firas jadi anak yang soleh dengan kebaikan susu ibu, semoga Firas membesar menjadi manusia yang berguna pada agama Islam dan seluruh negara.

Lama tak jumpa Firas. Nanti kita jumpa masa SGM ye...


AshAnas @ AshA's FaMiLy
us-kecik

Sunday, October 10, 2010

Update Senarai Peserta~Sila Semak

Salam buat semua... Setakat 10.10.10 @ 5.10pm, masih ada 35 entries yang Ummi belum jenguk... Harap kalian bersabar ya... Ummi akan sambung esok (insya'Allah kalau sempat) atau lepas balik dari Shanghai nanti... Ummi akan bertolak lusa... Doakan perjalanan Ummi dan 'adik' dalam kandungan selamat pergi dan balik ya...

Kepada lain2 peserta, boleh semak penyertaan kalian di sini, dan sila semak balik komen Ummi dan betulkan di entry kalian ya...

Yang lagi 35 tu, nantikan kunjungan Ummi ya... Thanks buat semua. Sambutan yang memang di luar jangkaan Ummi... Terharu sangat atas sokongan kalian...

AshAnas @ AshA's FaMiLy
us-kecik

Wednesday, October 6, 2010

Mama_Balqis 2nd Giveaway

Sempena birthday anje a.k.a Mama_Balqis yang ke-26, 21 September lepas, anje anjurkan GA ni khas untuk bloggers semua. Tarikh tutup 8 Oct 2010 ye....

Hm, baru tau Ummi & anje sebaya rupanya, hehe... Birthday pun dekat2...

Buat Anje, Happy Birthday dear! Anje yang Ummi kenali sangat pemurah. Semoga Anje dipanjang usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia di samping yang tersayang... Tatkala bertambahnya usia, diharapkan juga amal ibadah kita makin bertambah kerana semakin pendek usia kita untuk bertemuNya.... Salam Sayang, Shira...

AshAnas @ AshA's FaMiLy
us-kecik

Tuesday, October 5, 2010

Alhamdulillah, rezeki Anas...

Assalamualaikum anak kesayangan Ummi, Anas sayang... Alhamdulillah, Anas menang lagi contest anjuran mama_aqish a.k.a anje utk contest Gorgeous Baby in Kemeja & Dress.

Keputusan contest ni diumumkan semalam. Tapi semalam Ummi MC, dok umah je, langsung tak buka internet. So, Ummi baru tau pagi ni la...

Thanks kepada semua juri coz pilih Anas... Thanks jugak kepada semua penaja untuk contest kali ni...



p/s: kepada peserta contest Ummi, harap bersabar nantikan kunjungan Ummi ya... Sambutan yang di luar jangkaan Ummi, terlalu ramai, syukur sangat. So, agak amik masa nak terjah entry kalian. Doakan Ummi cepat sihat ya....

AshAnas @ AshA's FaMiLy
us-kecik